Namun percaya atau tidak bundle ni punya peminat yang tersendiri..saya sendiri mula meminati aktiviti menyelam bundle (terma yang digunakan oleh otai-otai bundle) sejak dibangku sekolah lagi.Mula-mula tu memangla rasa pelik tengok org berebut-rebut menyerbu tapak atau kedai bundle...sehinggalah saya sendiri menyertai kegilaan ini dan sedar tak sedar masih minat ke kedai bundle sungguhpun usia telah menjejak ke angka 3 hehe..
Apa istimewanya bundle ni?lain padang lain belalang, lain orang lain pandangan..Bagi saya peluang mendapatkan barangan berjenama dengan harga yang kadang-kadang tersangat murah (sampai ada jugak yang tak masuk akal)di kedai bundle sesuatu yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata..Bermula dengan baju-baju berjenama yang berjaya direbut dan bayar dengan harga bawah RM10, saya semakin menggila meneruskan pemburuan barangan bundle tak kira dimana sahaja.
Pantang nampak kedai bundle pasti saya akan menyinggahkan diri hehe..boyfriend (kini suami) memang sudah ariff dengan perangai saya.
Taktik saya setiap kali ke bundle sama tidak berubah sejak sekian lama.Saya panggil skil SPPB Survey, Pegang erat-erat, Pilih dan kemudian Bayar. Survey ni saya tak buat lama,buat satu pusingan secara rawak.Kemudian pilih dan pegang terus barang mana berkenaan di mata. Ketika ini dalam kepala masih tiada pertimbangan berapa ongkos yang perlu dihabiskan,yang penting pegang dulu. Peganglah item idaman anda erat-erat. Jangan sesekali letak balik kat rak atas alasan kejap lagi aku ambil. Kedai bundle ni satu jer, barangan dia unik, hanya satu, kalo lepas item tu memang melepasla sampai bila-bila.So ingat apa tadi?Pegang erat erat. Bila kaki dah lengguh berdiri memilih-milih dan tangan seakan-akan nak tercabut pegang segala barang, erat pulak tu, silalah buat pilihan terakhir. Ketika ini kena la buat conggakan barang yang perlu dibeli tanpa perlu menghadap kos melepas.
Sampai peringkat ni paling lama menyedut masa daku. Tapi kalu dompet tengah tebal dengan duit pastikan bukan kertas resit, kaki akan laju je ke kaunter bayaran terus.
#Post akan datang saya akan cuba menyenaraikan kawasan-kawasan elit bundle..at least to me hehe